Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ganti Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan sistem kenaikan gaji

Kerajaan akan memperkenalkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dalam usaha melakukan transformasi perkhidmatan awam di negara ini supaya lebih dinamik, responsif serta berorientasikan prestasi.

Sistem itu menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi membawa perubahan lebih radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan mereka berasaskan prestasi kerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, semalam berkata, antara elemen yang terkandung dalam SBPA termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Selain itu, beliau berkata, melalui SBPA, ia dapat menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya mereka mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.

“Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi berbanding sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum RM6,325.39, kelak di bawah SBPA, gaji maksimum meningkat 37.7 peratus kepada RM8,710.

“Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah RM3,860.52, kelak nanti di bawah SBPA akan meningkat 39 peratus kepada RM5,370,” katanya.

Beliau turut mengumumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 selain faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi mereka yang menerima opsyen SBPA itu.

“Dengan pelaksanaan SBPA ini, 600,000 pesara kerajaan menikmati pelarasan pencen membabitkan peruntukan RM600 juta. Mulai 2013, kerajaan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelaksanaan gaji,” katanya.

Najib turut memberi khabar gembira kepada penjawat awam yang berada pada tahap usia persaraan apabila mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 kepada 60 tahun.

Katanya, ia bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam dan tidak menjejaskan peluang pekerjaan generasi muda kerana sektor awam dan swasta terus mewujudkan peluang pekerjaan.

- HARIAN METRO

PENDEDAHAN TATU TERBARU DAVID BECKHAM

Lagenda England, DAVID Beckham, 35, telah mendedahkan design tatunya yang terbaru kepada dunia semalam melalui laman rasmi Facebook nya. Peminat telah menunggu sejak Disember untuk melihat desain tu.

Becks telah mendedahkan tatu barunya tu melambangkan dirinya sebagai Jesus. Design Jesus dibawa tiga malaikat kecil dan Becks mengatakan itu mewakili Brooklyn, Romeo dan Cruz yang bermaksud akan menyokong dia suatu hari nanti.


Bintang LA Galaxy ni mengatakan tatu tu ideanya sendiri untuk menunjukkan perasaannya. Asalnya dia tidak bercadang untuk memiliki tato, tapi kadang-kadang bangun tidur bila terfikir satu idea dia tak tahu macam mana cara untuk menzahirkan maksud dan mendedahkan bagaimana perasaannya tu. Kebanyakan tatunya ada kenangan dan hal-hal yang bererti baginya. Semua tatu ada maknanya masing-masing.

Becks kini mempunyai sekurang-kurangnya 19 tatu di seluruh tubuhnya. Yang banyak di dada lengan dan belakangnya.

KHABAR GEMBIRA BUAT GURU-GURU DIMALAYSIA

KULAIJAYA: Seramai 480,000 guru di seluruh negara bakal mendapat khabar gembira berhubung penyelarasan skim tangga gaji dan kenaikan pangkat secara ‘time based’ yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran bagaimanapun sedang menunggu butiran mengenai penyelarasan itu dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita UMNO di Kem Bina Negara, Gunung Pulai, di sini, pagi ini.

Muhyiddin berharap JPA dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ini selaras dengan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita berharap tempoh pelarasan itu dapat disegerakan berdasarkan pengumuman (pembatalan SBPA) oleh PM (Perdana Menteri).

“Mereka pun menunggu dan mengharapkannya di dalam tempoh terdekat,” katanya menambah pengumuman itu disambut baik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan.

Turut hadir Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Muhyiddin juga berkata apa yang telah dijanjikan kerajaan kepada golongan guru akan ditunaikan.
-Bharian

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2012


10 – 11 Mac : MELAKA
Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh

17 – 18 Mac : KUALA LUMPUR
Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC

20 – 21 Mac : KEDAH
Stadium Sultan Abdul Halim , Alor Setar

24 – 25 Mac : PAHANG
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan

28 – 29 Mac : KELANTAN
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu

4 – 5 April : TERENGGANU
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu

7 – 8 April : PERAK
Stadium Indera Mulia, Ipoh

11 – 12 April : SARAWAK
Dewan Pameran Permata, Kuching

14 – 15 April : SABAH
Suria Sabah, Kota Kinabalu

http://www.mara.gov.my/

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PEPERIKSAAN SPM DAN SPMU TAHUN 2012

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PEPERIKSAAN SPM DAN SPMU TAHUN 2012

Tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) tahun 2012 adalah dari 1 hingga 31 Mac 2012.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohanan lewat tidak akan dilayan.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my

Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)



Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan.

FAMA kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

2. Pegawai Tadbir Gred N41

3. Jurutera Gred J41

4. Akauntan Gred W41


5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

6. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27

7. Setiausaha Pejabat Gred N27

8. Penolong Juruaudit Gred W27

9. Juruteknik Komputer Gred FT17

10. Pembantu Akauntan Gred W17

11. Pembantu Juruaudit Gred W17

12. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17

13. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17

TARIKH TUTUP : 21 MAC 2012



Kereta Ferrari RM2 juta remuk ketika pandu uji.

SEPANG – Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.




Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.

infoharian. Powered by Blogger.